Peluang menangi wang tunai Anugerah Lanskap 2019 MBSA

“Program tersebut adalah salah satu inisiatif MBSA bagi menerapkan nilai budaya landskap, menyemai kesedaran dan memupuk tanggungjawab terhadap kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah serta kediaman persendirian."

Peluang menangi wang tunai Anugerah Lanskap 2019 MBSA
Oleh ARRAZAQ NAZRI

 

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjemput orang ramai dan pihak sekolah menyertai pertandingan Anugerah Landskap Shah Alam 2019 yang menyediakan hadiah wang tunai.

Pertandingan tersebut bakal berlangsung bermula 1 September hingga 1 November depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, anugerah itu terbahagi kepada dua iaitu premis kediaman individu dan sekolah.

“Program tersebut adalah salah satu inisiatif MBSA bagi menerapkan nilai budaya landskap, menyemai kesedaran dan memupuk tanggungjawab terhadap kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah serta kediaman persendirian,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Shahrin berkata, penyertaan tersebut adalah percuma dan terbuka kepada semua penduduk yang terletak di bawah pentadbiran MBSA.

Katanya lagi, Anugerah Landskap Shah Alam 2019 tersebut dipertandingkan dalam dua kategori iaitu Kategori Sekolah bagi peringkat sekolah rendah dan menengah serta Kategori Kediaman Individu seperti rumah teres, banglo dan kediaman tradisional.

“Pemenang tempat pertama bagi kategori Landskap Terbaik Sekolah Rendah dan Menengah masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, RM2,000 hadiah tempat kedua dan RM1,000 hadiah tempat ketiga. Turut ditawarkan lima hadiah sagu hati bernilai RM500.

“Bagi kategori Landskap Kediaman Terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM1,500 bagi tempat pertama, RM850 bagi tempat kedua, RM500 bagi tempat ketiga dan lima hadiah sagu hati berjumlah RM200, “katanya.

Beliau menambah, pertandingan tersebut diharap dapat menjadi platform untuk mengiktiraf hasil kerja landskap warga Shah Alam dari aspek reka bentuk, pembangunan dan penyelenggaraan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Landskap di talian 03-5510 5133.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.