Datuk Bandar di Brazil larang komik ada babak gay berkucupan

Datuk Bandar di Brazil larang komik ada babak gay berkucupan

LARANG… Datuk Bandar Rio de Janeiro, Marcelo Crivella cetus kontroversi di Brazil apabila tegas larang penjualan komik keluaran Marvel kerana didakwa promosi aksi lelaki sesama lelaki (gay) berkucupan.

Akhbar The Independent melaporkan, beliau keluarkan larangan itu atas alasan kandungan babak asmara tersebut adalah amat tidak sesuai untuk ditonton golongan remaja bawah umur.

Crivella malah arah ditarik balik semua komik Avengers terbitan tahun 2010 berjudul Children’s Crusade itu daripada dijual sebuah pesta buku antarabangsa di pusat bandar raya berkenaan.

Buku karya artis ternama, Allan Heinberg dan Jim Cheung itu dikesan memaparkan adegan intim pasangan seks songsang, adiwira Hukling dan Wiccan bercumbuan dengan penuh ghairah.

Untuk rekod, Crivella, yang juga mantan uskup di sebuah gereja, terpilih sebagai datuk bandar pada tahun 2016 dan dalam kempen pemilihannya menjanjikan untuk pulih gejala moral penduduknya.

Bagaimanapun larangan drastik beliau telah mengakibatkan komik berkenaan habis dijual dalam pesta buku dwitahunan tersebut apabila para pengunjung berebut beli kerana dikatakan teruja.

Malahan, seorang selebriti Youtube terkenal Brazil, Felipe Neto yang memiliki 34 juta pengikut tegar telah beli 34,000 naskhah buku bertema LGBT sebagai tanda protes ke atas Crivella.

Beliau kemudian mengagihkan kesemua buku berkenaan secara percuma kepada pengunjung pesta buku tersebut bagi tarik minat masyarakat agar terus sokong amalan seks yang jijik itu.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.