Sokong produk Muslim tidak nafikan hak bukan Islam – Mufti Perak

0
46
FOTO: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

 

KUALA LUMPUR – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam di negara ini bersama-sama menjayakan agenda memperkasakan ekonomi umat Islam dengan berusaha bersungguh-sungguh membeli dan menyokong produk Muslim.

“Mari kita merealisasikan perintah Allah tersebut supaya kita semua dilimpahi naungan rahmat dan kasih sayangNya, “ kata beliau dalam satu kenyataannya di sini.

Menurut Harussani, agama Islam menuntut umatnya berusaha memperkasa ekonomi sendiri dengan mengeluarkan dan membekalkan produk mereka kerana lebih mengetahui tentang hukum hakam dan prinsip-prinsip penyediaan sesuatu produk.

“Pada masa yang sama Islam tidak menafikan hak dan penglibatan orang bukan Islam dalam berjual beli dengan syarat mereka mematuhi hukum dan etika pengeluaran sesuatu, “Malah asas kepada urusan jual beli yang dititikberatkan dalam Islam adalah unsur saling meredhai,” kata beliau.

Harussani berkata, kempen ‘Buy Muslim First (BMF) yang diketengahkan dalam masyarakat negara ini adalah implementasi daripada konsep ta’awun (tolong-menolong) yang bertujuan memperkasa ekonomi umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, menjadi keutamaan kepada umat Islam untuk mendaulatkan segala perintah al-Quran dan al-Hadis dalam segenap aspek kehidupan termasuklah aktiviti jual-beli dan dikira sebagai mujahadah dan ibadah di sisi Allah SWT.

Seorang Islam yang kuat akidahnya akan memperkuatkan ekonomi dengan memastikan rantaian produk mestilah bersumberkan yang halal dan thoyyib (baik bukan hanya bahan mentah tetapi juga meliputi kaedah penyediaan produk termasuk pekerja yang bersih fizikal dan rohaninya, kata Harussani lagi.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Rasmi Memperkasa Ekonomi Umat Islam Dengan Mengutamakan Produk Muslim
–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here