Thailand negara Asia pertama wajib pek rokok kosong tanpa logo dan jenama

Thailand negara Asia pertama wajib pek rokok kosong tanpa logo dan jenama
FOTO: Bangkok Post

 

TEGAS… Kerajaan Thailand semalam melancarkan bungkusan kotak rokok tanpa logo dan jenama, sekali gus menjadikannya negara pertama di benua Asia yang tegas berbuat demikian.

Tindakan keras itu malahan disifatkan para aktivis kesihatan dan alam sekitar antarabangsa sebagai cara berkesan bagi pengurangan tarikan merokok khasnya dalam kalangan remaja.

Pada tahun 2012 , Australia menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan produk tembakau tempatan dijual di pasaran seluruh negara tersebut tanpa ada logo jenama berwarna-warni.

Sejak itu, kebanyakan negara di benua Eropah turut mengikut langkah berkenaan termasuk Perancis, Hungary dan United Kingdom, menurut stesen penyiaran Channel NewsAsia.

Thailand pada tahun lalu bersetuju mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan bungkusan dengan permukaan kosong itu kini dijual di semua kedai secara rasmi.

Premis komersial diberi tempoh masa sehingga 8 Disember depan untuk segera habiskan stok kartun rokok yang lama sebelum berdepan hukuman denda sehingga 40,000 baht (RM5,460).

Bungkusan diseragamkan itu termasuk paparan gambar grafik menunjukkan kesan tembakau ke atas tubuh dan nama jenama bebas logo perlu dicetak dalam bentuk tulisan sahaja.

Langkah kekalkan jenis tulisan seragam di bawah gambaran grafik penyakit berkaitan rokok akan menjadikan produk itu kurang menarik kepada pembeli, kata Prakit Vathesatogkit.

Timbalan Pengerusi Perikatan Kawalan Tembakau Asia Tenggara, badan bukan kerajaan berkata: “Bagi perokok pasif, kanak-kanak, mereka mungkin kurang memulakan tabiat itu.”

Ada lebih 246 juta perokok di seluruh negara ASEAN dan menurut para aktivis, harga pek lebih rendah antara faktor bantu ia jadi antara rantau pengguna tembakau paling besar di dunia.

Bahkan di Thailand, kesan kesihatannya adalah besar dan penyakit berkaitan merokok adalah punca utama kepada kematian rakyat negara berkenaan, menurut kajian WHO sendiri.

Singapura yang terkenal dengan undang-undang ketat berhubung produk tembakau, dijangka mula kuat kuasakan sekatan seumpama itu ke atas bungkusan rokok pada tahun depan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.