Usah gusar dengan berita penutupan IPG

Ada yang pasti terasa sedih dan kecewa kerana ramai yang akan kehilangan gelaran 'pensyarah' yang mereka pegang selama bertahun-tahun.

Usah gusar dengan berita penutupan IPG
Oleh AZIZI AHMAD

 

LAPORAN berita  mengenai penutupan 21 IPG  menyentuh perasaan dan emosi bukan sahaja warga IPG tetapi juga pelajar dan bekas pelajar IPG keseluruhannya.

Apa yang baik dan hebatnya di Malaysia adalah menjelang jam 3 petang, 10 Sep, kenyataan Menteri Pendidikan memadamkan semua keraguan warga IPG buat sementara waktu.

Kumpulan WhatsApp untuk IPG semestinya dihujani pandangan, pendapat dan keluhan dan telefon bimbit menjadi panas kerana kebanyakan akan menunggu ‘berita terkini’ yang dikongsi oleh ‘wartawan tidak rasmi’ mengenai berita penutupan.

Ada yang pasti terasa sedih dan kecewa kerana ramai yang akan kehilangan gelaran ‘pensyarah’ yang mereka pegang selama bertahun-tahun.

Ramai yang sudah berasa ‘kecewa’ kerana gelaran ‘pensyarah’ bagi sesetengahnya hanya akan diperoleh jika IPG tidak ditutup.

(Walaupun saya pernah menulis artikel berjudul ‘Guru, Pensyarah dan Pendidik – Sama tetapi tak serupa di sebuah majalah beberapa tahun yang lalu).

Apakah masalah sebenarnya mengenai isu ini? Bagi mereka yang memahami kehidupan kakitangan akademik IPG, mereka pasti tahu bahawa ‘secara realiti, ‘pensyarah di IPG adalah guru’.

Semua kakitangan akademik di IPG adalah pemegang Darjat Guru (gred DG) dan berstatus kanan yang berpindah dari sekolah dan dipilih ke IPG untuk memberi khidmat pengalaman melatih guru pelatih.

Pensyarah IPG adalah ‘jurulatih’ kepada guru pelatih di institut pendidikan guru, yang tugasnya adalah sama dengan guru sekolah kecuali mereka  melatih pelatih guru untuk melengkapkan diri mereka untuk menjadi guru yang berkelayakan dan terlatih.

Jika dan andainya IPG ditutup, maka pensyarah di IPG hanya akan  dipanggil berkhidmat semula di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pusat Latihan Awam.

Tetapi ramai yang tidak menghiraukan fakta yang kebanyakannya adalah pemegang DG48 hingga gred DG54 (iaitu gred kanan/senior) dan kebanyakkannya adalah berstatus ‘pentadbir’.

Ramai yang akan dianggap sebagai ‘buku teks rujukan’, setelah bertahun-tahun sebagai ‘jurulatih’ tentunya mereka mempunyai bertimbun pengetahuan, pengalaman, dan kecekapan untuk dianggap  sebagai ‘pakar rujukan’.

Sekolah tentunya beruntung dan sangat bernasib baik kerana akan mendapat dan mempunyai ‘elitis  yang terpilih’ bagi membantu mereka di sekolah.

Tetapi, mengapa salah satu laporan media memaparkan berita sebegini di halaman muka depan akhbar mereka?

Namun, kita tidak boleh menyalahkan media kerana  ‘berita sebenar’  adalah di halaman empat akhbar tersebut dan dinyatakan ‘disyorkan’ atau ‘cadangan’ sahaja. Oleh itu, tidak ada perkara yang rewel mengenai isu ini.

Apa yang jelasnya, mereka yang mempunyai PhD dengan gelaran Doktor dan yang bakal menerima ijazah PhD dilihat terganggu.

Ramai yang dilihat merasa tidak enak kerana bagi mereka tidak mungkin mereka yang bergelar ‘Doktor’ akan diembalikan ke sekolah rendah dan menengah dan dipanggil ‘cikgu ‘ dan bukan ‘Doktor ‘.

Mungkin inilah sebabnya kebanyakan ‘mesej tidak rasmi’ datangnya dari golongan mereka.

Ada juga yang gembira mengetahui tentang ‘berita kejutan’ ini kerana beberapa orang sudah bersedia untuk kembali ke sekolah sebagai guru biasa.

Ada yang telah memohon untuk kembali ke sekolah tetapi dihalang oleh ‘ketetapan’ dan dengan berita sedemikian ramai juga kelihatan tersenyum.

Untuk bersikap adil, janganlah teruja pada ‘berita’ sama ada benar atau palsu. Biarkan pegawai dari Kementerian sendiri yang membuat kenyataan rasmi.

Tunggu sahaja kenyataan ‘hitam putih’  bertulis dan diedarkan secara rasmi kepada semua pihak yang berkenaan.

Biarlah Menteri, Ketua Pengarah, pegawai kanan membuat pengumuman itu dan bukannya berkongsi apa yang tidak betul.

Elok sahaja diteruskan dan memberi perhatian kepada membina guru-guru milenium baru, mengharapkan cara mengajar yang lebih inovatif dan kreatif; meningkatkan kemahiran untuk mengajar abad ke-21; mengunakan Pedagogi Baru untuk Pembelajaran Bermakna dan sebagainya.

Elok sahaja tumpukan kepada harapan moga para pelatih akan mengingati anda sebagai ‘jurulatih’ mereka.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.