Cucu ‘kahwinkan’ semula datuk dan neneknya

Cucu ‘kahwinkan’ semula datuk dan neneknya
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG wanita berusia 23 tahun di Singapura membuat kejutan kepada datuk dan neneknya apabila pasangan warga emas itu diraikan dalam majlis memperingati perkahwinan mereka yang ke-54.

Suasana majlis yang diadakan di Sky Garden Sentosa, Singapura menjadi tular di media sosial.

Menurut China Press, wanita ini sebelum itu memberitahu pasangan berkenaan mereka akan menghabiskan masa dan berbelanja di pusat peranginan.

Pasangan itu terkejut apabila dibawa ke aras luar ruangan yang dipenuhi dengan dekorasi romantis. Malah kaum kerabat juga diundang untuk menyaksikan suasana manis tersebut.

Datuk dan nenek wanita berkenaan mengenakan gaun pengantin dan baju kot yang disediakan sebelum berjalan untuk ke tempat kedu-dua mereka memperbaharui sumpah perkahwinan mereka.

Wanita berusia 74 tahun, Teo Soh Bee ini bertemu dengan suaminya, Ong Soh Lim yang berusia 80 tahun kerana diperkenalkan oleh saudaranya. Mereka pun secara rasmi mengikat ikatan perkahwinan pada 6 September 1965.

“Terima kasih kerana telah bersamaku selama ini, aku akan berjalan bersamamu sampai akhir waktu,” kata Teo Soh Bee kepada suaminya.

“Terima kasih telah tinggal di sisiku dan merawatku,” jawab pengantin lelaki, Ong Soh Lim.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.