[FLASHBACK] Mengintip Kecanggihan Pesawat R80 Buatan Habibie di Kemayoran

0
29

JAKARTA (dalam Bahasa Indonesia) Pesawat R80 buatan PT Regio Aviasi Industri (RAI) turut dipamerkan dalam Bekraf Habibie Festival di JIExpo Kemayoran, Jakarta. Gelaran festival teknologi ini digelar sepekan ke depan, dari 7-13 Agustus 2017.

Pengeluar pesawat R80 adalah PT Regio Aviasi Industri (RAI), sebuah syarikat  yang ditubuhkan mantan Presiden BJ Habibie bersama-sama anaknya, Ilham Habibie.

Pesawat ini secara rasmi dimasukkan dalam Projek Strategik Nasional (PSN) seiring dengan Peraturan Presiden (Perpres) Nombor 58 Tahun 2017 tentang Projek Strategik Nasional. Lampiran Perpres tersebut mengandungi  248 projek yang terlibat dalam program Percepatan Pelaksanaan Projek Strategik Nasional, salah satunya pesawat R80.

“R80 program pesawat terbang industri buatan Indonesia. RAI sebagai pengeluar dari peringkat reka bentuk, produksi, pengiktirafan sampai pemasangan,” kata Customer Engineer RAI, Satrio saat berbincang dengan detikFinance di JIExpo, Jakarta, Senin (7/8/2017).

Pesawat R80 mampu mengangkut 80-90 penumpang. Pesawat ini juga memiliki reka bentuk kokpit yang moden dan menjamin keselesaan penumpang selama berada di udara.

Pesawat ini adalah sepanjang 32,3 meter dengan lebar sayap 30,5 meter dan tinggi 8,5 meter.

Pesawat R80 mampu terbang hingga 330 knots atau sekitar 611 km per jam. Manakala, kelajuan yang ekonomi adalah 290 knots atau sekitar 537 km per jam. Dalam sekali terbang, pesawat ini mampu menjangkau 1.480 km.

Pesawat R80 dibuat dengan tujuan mempermudah perhubungan  dari satu tempat ke tempat lain di negara yang banyak pulau itu. Pesawat ini juga dilengkapi dengan teknologi fly by wire, iaitu sebuah sistem arah kendalian elektronik.

“Kita menggunakan teknologi fly by wire. Jadi teknologi pengendalian semua kontrol menggunakan komputer,” ujar Satrio.

Pesawat berkenaan telah pun mendapat perhatian syarikat penerbangan, antaranya antara lain NAM Air-anak syarikat  Sriwijaya Air yang memesan 50 pesawat, Kalstar Aviation memesan 15 pesawat, dan Trigana Air Services memesan sebanyak 10 pesawat, dan Aviastar 5 pesawat.

https://finance.detik.com/industri/d-3589188/mengintip-kecanggihan-pesawat-r80-buatan-habibie-di-kemayoran

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here