Johor sediakan RM175,000 biayai 5 pembenihan awan

Johor sediakan RM175,000 biayai 5 pembenihan awan
Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

 

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM175,000 bagi menampung kos pembenihan awan untuk mengatasi isu kemerosotan sumber air di beberapa loji rawatan air (LRA) utama dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, peruntukan tersebut adalah dana kecemasan bagi menampung kos pembenihan awan sebanyak lima kali.

Beliau berkata, pembenihan awan dilaksanakan ekoran paras empangan dan sungai yang menjadi sumber bekalan air untuk negeri ini semakin susut berikutan fenomena El Nino.

“Walau bagaimanapun, semua pihak perlu faham untuk membolehkan usaha pembenihan awan berjaya, kita perlu mendapatkan pandangan banyak pihak termasuk konsultan dan agensi serta jabatan kerajaan yang lain.

“Peratusan kejayaan proses tersebut juga amat bergantung terhadap keadaan cuaca yang sesuai.

“Jadi, kita perlu menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya,” katanya menjawab soalan Yeo Tung Siong (PH-Pekan Nenas) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kota Iskandar, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu berkata, pada tahun depqn kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tujuan pembenihan awan.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.