Pesalah rasuah Mykad patut dikenakan hukuman gantung

Pesalah rasuah Mykad patut dikenakan hukuman gantung
PRESIDEN Srikandi Malaysia, Datuk Norashikin Abdul Ghani.

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi menuntut kerajaan mengenakan tindakan hukuman gantung mandatori terhadap pesalah rasuah yang menjual MyKad dan pasport kepada warga asing.

Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norashikin Abdul Ghani berkata, hukuman itu setimpal sebagai pengajaran dan tauladan kerana menjual kerakyatan seperti MyKad dan pasport adalah perbuatan yang mencabul kedaulatan negara.

Di negara seperti China dan Vietnam hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah dan pelindung jenayah rasuah kerana mereka mengkhianati bangsa dan negara.

Ketika ini rakyat sedang marah, kecewa dan berdukacita dengan kegiatan penjualan MyKad yang dipercayai didalangi oleh pegawai JPN.

Kredibiliti JPN untuk mengeluarkan MyKad dipertikaikan, mungkin organisasi itu wajar diletak d ibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia.

Jabatan Imigresen juga diminta mengetatkan peraturan mengeluarkan pasport manakala PDRM perlu meningkatkan pemantauan bagi mengesan pemilik MyKad sindiket.

Sebagai negara yang berpaksi Rules By The Law segala tindakan mengurangkan hukuman terhadap sindiket tidak dapat diterima kerana kegiatan ini sudah lama khususnya di Sabah dan kini berleluasa di Semenanjung.

Tanpa sebarang usaha untuk mencegah, akan menyebabkan negara kita akan hilang identiti malah hak rakyat telah diceroboh sewenang-wenangnya oleh warga asing.

–BebasNews

 

Tulisan di atas adalah sepenuhnya pandangan penuis dan tidak semestinya mencerminkan dasar atau pendirian bebasnews.my
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.