Julung kali Istana Singapura dibuka waktu malam kepada awam

0
68

BERSEJARAH… Sempena sambutan ulang tahun ke-150 Istana Singapura, orang awam dijemput menyaksikan pertunjukan lampu dipancarkan pada bangunan penuh bersejarah itu.

Malah menurut stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia, buat pertama kali, premis rasmi presiden republik itu dibuka kepada orang ramai sebelah malam pada 6 Oktober depan.

Antara sajian hiburan yang bakal dipersembahkan termasuklah dari Orkestra Simfoni Singapura, artis tempatan Rahimah Rahim dan penyanyi lagu ‘Count On Me Singapore’, Clement Chow.

Program khas itu dihoskan oleh Presiden Singapura, Halimah Yacob dan suaminya, Mohamed Abdullah Alhabshee. Istana Singapura mula digunakan penjajah British pada 8 Oktober 1869.

Mereka yang berminat hadiri program itu boleh mendapatkan tiket berharga S$12 (RM36) bagi rakyat Singapura dan penduduk tetap Singapura manakala S$20 (RM60) bagi warga asing.

Istana Singapura merupakan kediaman dan pejabat rasmi presiden. Halimah, 65, ialah presiden kelapan selain cipta rekod sebagai wanita pertama pegang jawatan ketua negara republik itu.

Pelbagai acara menarik turut diadakan pada sebelah siang termasuk pameran, pelancaran cenderamata peringatan meliputi antaranya duit syiling dan model Istana daripada blok Lego.

Tiga pertunjukan cahaya dijadualkan pada pukul 8.15 malam, 8.25 malam dan 9.15 malam. Semua hasil penjualan bakal disalurkan terus kepada dana Cabaran Presiden Singapura.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here