Sejuk hati lihat murid sujud selepas habis UPSR

0
51

SYUKUR… Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 berakhir di seluruh negara kelmarin kecuali murid yang perlu duduki kertas untuk subjek Bahasa Cina dan Tamil.

Bagi ramai murid darjah enam, ia mungkin hari yang paling gembira dalam hidup mereka setakat ini setelah teruk bekerja keras sebelum sambung pengajian ke peringkat sekolah menengah.

Namun sebahagian calon peperiksaan itu didapati tidak sambut ‘hari merdeka’ mereka sama ada dengan gembira baling mercun, terjun parit atau conteng baju sekolah sebagai kenangan.

Sebaliknya mereka menamatkan penilaian akademik terakhir dalam fasa kehidupan sekolah rendah dengan melakukan sujud syukur sama ada bersendirian atau secara berjemaah.

Pemandangan unik ini begitu menyentuh hati masyarakat khasnya umat Islam. Mereka meraikan hari kegembiraan dengan rendah diri sujud sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan.

Berikut antara gambar suasana berkenaan disiarkan oleh sebuah portal berita pendidikan terkenal tanah air, Ajar.com yang turut tular dikongsikan ramai netizen tempatan.

-BebasNews
http://bit.do/e8rXX
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here