Kit Kat perkenal coklat perisa roti roti canai, nasi lemak, cendol durian

Kit Kat perkenal coklat perisa roti roti canai, nasi lemak, cendol durian

JENAMA coklat konfeksi terkenal di Malaysia, Kit Kat dan kedai Kit Kat Chocolatory meraikan ulang tahun ketiganya dengan pelancaran perisa terbaru yang berinspirasikan cita rasa rakyat Malaysia sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

Kit Kat Chocolatory pada musim ini memperkenalkan perisa berasaskan sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti Kit Kat Roti Canai dan Kari, Kopi dan Kaya, Nasi Lemak serta Cendol Durian.

Kit Kat edisi terhad ini dihasilkan secara eksklusif di Kedai Pop-Up Sunway Pyramid bermula semalam sehingga 6 Okt ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Konfeksi, ASEAN, Nestlé (Malaysia) Berhad, Sachin Goel berkata Kit Kat mahu mencipta sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

“Maka terhasil lah Kit Kat Roti Canai dan Kari dan perisa lain yang berinspirasikan cita rasa Malaysia yang dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik yang hanya boleh didapati di kedai Chocolatory Kit Kat kami,” katanya pada pelancaran perisa baru itu, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Juan Aranols berkata Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian yang ditonjolkan melalui makanannya yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya dan tradisi.

Kit Kat Chocolatory turut memperkenalkan pelbagai perisa lain seperti Onde-Onde, Rose Bandung, Apam Balik and Ais Kacang dan pelbagai perisa inspirasi daripada kuih bulan seperti Kacang Merah, Pandan, Telur masin, Tiramisu and Snowskin Durian.

Maklumat mengenai Kit Kat edisi khas cita rasa Malaysia boleh didapati di https://www.nestle.com.my atau https://www.facebook.com/KITKATMalaysia/

Bernama
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.