Dijemput ajal ketika menunggu azan Subuh

Dijemput ajal ketika menunggu azan Subuh
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

TIDAK ada siapa yang tahu bila ajal akan menjemput. Namun, setiap manusia menginginkan saat terindah jika malaikat maut datang menjemput.

Di Bekasi, seorang jemaah masjid meninggal dunia ketika menunggu azan Subuh pada Sabtu 14 September. Kejadian ini terus menjadi viral dalam media sosial.

Detik-detik kematian Aspani Ali Heri,56, warga Mangunjaya, Tambun Selatan, Bekasi dirakam jelas oleh kamera CCTV Masjid Baiturrahman, Mangunjaya Indah I, tempat lelaki ini biasa melakukan solat berjemaah.

Dalam video itu, Aspani yang sedang duduk menanti azan Subuh tiba-tiba longlai ke sisi kiri. Ketika itu, para jemaah lain masih mengerjakan solat sunat Subuh, dan solat tahiatul masjid, hingga salah satu jemaah sedar terjadi sesuatu pada Aspani.

Menurut keterangan anggota pengelola Jami Baiturahman, Ustaz Manshur, sebelumnya Aspani telah melaksanakan solat sunah tahiatul masjid. Kemudian duduk menanti azan Subuh. Tidak lama kemudian dia tersungkur.

“Menurut keluarganya, dia pernah kena strok ringan. Rajin solat berjemaah, solat rawatib. Ketika meninggal Allahyarham sedang berpuasa,” kata Ustad Manshur.

Allahyarham diketahui adalah keluarga pengelola sebuah kafe di Mangun Jaya. Dalam kesehariannya, almarhum berniaga makanan. “Allahyarham turut menjual empek-empek, makanan khas kampung halamannya, di sana,” katanya.

“Selama masa hidupnya, Almarhum dikenal baik dalam berjiran. Semoga husnul hatimah,” tambahnya.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.