Dokumen rahsia Nazi 80 tahun dilelong

Dokumen rahsia Nazi 80 tahun dilelong
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

BARU-baru ini, tersebar maklumat mengenai acara lelong yang berisi barang-barang yang berkaitan dengan Nazi.

Acara lelong ini akan diadakan di England pada Khamis 19 September, lapor Grid.com.

Banyak barang peninggalan atau yang berkaitan dengan Nazi Jerman akan dilelong.

Seperti pada laporkan sebelumnya seluar dalam sutera dan gaun tidur Eva Braun, isteri Hitler, juga turut dilelong.
Kini, menyusul pula berita ada barang peninggalan Nazi lain yang akan dilelong.

Antaranya dokumen rahsia milik Nazi yang memuat secara lengkap Operasi Singa Laut rancangan Hitler.

Dokumen ini akan dilelong dengan harga permulaan £7,000 pound sterling.
Dokumen yang asli ini, dikatakan berusia kira-kira 80 tahun.

Menurut Dailymail, melalui Operasi Singa Laut inilah Nazi berusaha untuk menyerang dan menakluk England.

Pengendali lelongan, Henry Aldridge, menyatakan dokumen ini pertama kali berada di tangan Jenderal Walter Schellenberg sebelum akhirnya berpindah ke pihaknya.

Pada bahagian depan dokumen itu bahkan tertulis ‘Geheim!’ yang bererti rahsia atau dokumen ini bererti rahsia.
Sedangkan di dalamnya terdapat peta-peta penaklukan yang dirancang akan dilakukan pada September 1940.

Operasi Singa Laut ini sendiri dikatakan akan melibatkan sebanyak 100,000 anggota tentera selain melibatkan 650 kereta kebal.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.