Kempen boikot tidak jejas keyakinan pelabur asing, kata wakil khas

Jelasnya kempen itu bukan sahaja memberi mesej yang salah kepada pelabur tetapi juga menjejaskan perpaduan negara.

Kempen boikot tidak jejas keyakinan pelabur asing, kata wakil khas

PELABUR asing terutamanya dari China, yakin tidak terjejas dengan kempen boikot produk bukan Muslim, kata wakil khas Malaysia ke China Tan Kok Wai.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa kempen boikot itu boleh memberi kesan buruk yang serius jika tidak dikekang.

Jelasnya kempen itu bukan sahaja memberi mesej yang salah kepada pelabur tetapi juga menjejaskan perpaduan negara.

“Kempen boikot itu tidak akan jejaskan keyakinan pelabur asing di negara kita pada ketika ini tetapi kerajaan perlu menangani masalah ini,” kata Tan kepada The Malaysian Insight.

“Tindakan bermotifkan perkauman itu adalah normal pada masa ini di negara Malaysia yang memiliki pelbagai kaum tetapi pada masa yang sama tindakan mereka itu juga tidak wajar,” kata Ahli Parlimen Cheras itu.

Tan yang juga merupakan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, berkata kempen boikot bertentangan dengan kepentingan negara dan akan memberi kesan negatif terhadap kestabilan negara.

Beliau percaya rakyat akan menggunakan akal fikiran bagi menilai perkara itu dan tidak akan berpengaruh dengan kempen itu.

Baru-baru ini, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriots) mengkritik kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak menghalang NGO Muslim yang menggerakkan kempen itu.

Tan bagaimanapun tidak bersetuju dengan kritikan itu.

Katanya kerajaan tidak bertindak lambat dalam menangani isu boikot itu.

Katanya apabila kumpulan Muslim melancarkan kempen boikot, kerajaan bertindak pantas dengan memberitahu bahawa tiada keperluan untuk menyokong usaha tersebut dan menggalakkan rakyat Malaysia memberi produk buatan tempatan.

“Ada pihak yang memprovokasi untuk memecah belah perpaduan, mewujudkan konfrontasi dalam kalangan etnik dan menyebabkan Malaysia huru-hara.

“Saya menyeru rakyat negara ini bangkit dan menentang gerakan boikot ini,” katanya.

http://bit.do/e8BrD
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.