Sekolah di Tangkak, Muar ditutup hari ini

Sekolah di Tangkak, Muar ditutup hari ini
Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

JOHOR BAHRU – Semua sekolah di daerah Tangkak dan Muar akan ditutup esok ekoran jerebu yang melebih tahap bahaya.

Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, keputusan menutup kesemua 129 sekolah di Muar dan 82 sekolah di Tangkak dibuat apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan berkenaan melebihi 200.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan sudah menetapkan jika bacaan IPU di sesuatu kawasan melebihi 200, sekolah di daerah terlibat perlu ditutup serta-merta.

“Bacaan IPU yang diambil di Stesen Tangkak melibatkan daerah Muar dan Tangkak pada pukul 3 hingga 5 petang hari ini mencatat bacaan IPU 208.

“Berdasarkan trend bacaan IPU yang menunjukkan peningkatan sejak pukul 5 pagi hingga 5 petang, maka sesi persekolahan akan ditutup serta-merta esok di daerah terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Penutupan sekolah ini melibatkan 41,365 pelajar daripada 129 buah sekolah kebangsaan dan menengah di Muar dan seramai 22,644 pelajar di 82 sekolah di Tangkak.

Menurutnya, status penutupan sekolah akan diputuskan berdasarkan pemantauan kualiti bacaan IPU yang dibuat secara harian sebelum tindakan lanjut diambil.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.