Semua sekolah di Tangkak, Muar, Pontian dibuka semula esok

Semua sekolah di Tangkak, Muar, Pontian dibuka semula esok
FOTO: NSTP/ADI SAFRI

 

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

JOHOR BAHRU – Semua sekolah di Tangkak, Muar dan Pontian yang ditutup semalam ekoran jerebu akan dibuka semula esok.

Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, berdasarkan status bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lapan stesen di negeri ini menunjukkan trend menurun yang banyak dan di bawah 200.

“Sehubungan itu semua sekolah di daerah Muar, Tangkak dan Pontian yang ditutup pada 15 September disebabkan status udara yang sangat tidak sihat pada hari semalam akan dibuka semula seperti biasa pada esok, 17 September.

“Bagi daerah-daerah yang status IPU masih pada paras  lebih 100, aktiviti luar bilik darjah adalah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam semua sekolah di Tangkak, Muar dan Pontian ditutup ekoran bacaan IPU di semua daerah tersebut melebihi 200.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.