‘Tua’ hanya mainan minda dan percakapan

 Yang pasti dan tentunya adalah rakan anda yang berkata sedemikian mungkin diketahui mengalami masalah berpenyakit atau 'penyakit mental' yang paling teruk.

‘Tua’ hanya mainan minda dan percakapan
GAMBAR hiasan: Mark Reay, model warga emas.

 

Oleh AZIZI AHMAD

 

ARTIKEL ’Persahabatan MRSM tetap kukuh’ (MRSM friendship stays strong) bertarikh 16 September lalu menarik minat saya untuk mencoret pandangan.

Apabila seseorang terutamanya rakan sekerja anda yang akan selalu berkata ‘kita sudah tua, jadi kita perlu lebih berhati-hati dan mengambil perhatian terhadap kehidupan kita kerana ada sedikit masa yang tinggal’, ia memberi maklum kepada penuaan.

Yang pasti dan tentunya adalah rakan anda yang berkata sedemikian mungkin diketahui mengalami masalah berpenyakit atau ‘penyakit mental’ yang paling teruk.

Ia bergantung kepada orang yang anda sedang bercakap tentang ‘tua’.

Menjelang tahun 2020,  alumnus saya akan memasuki hari ulang tahun ke-60 kami, bermakna sudah tiba masanya untuk bersara wajib untuk mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta tetapi tidak kepada mereka yang memiliki perniagaan, keusahawanan atau bekerja sendiri.

Ada sebilangan alumnus  yang berkedudukan baik telah memanggil dan menyarankan untuk ‘pertemuan semula’  bagi menandakan 47 tahun persahabatan kami sejak tahun 1973.

Sejak pertemuan terakhir kami 4 tahun yang lalu, ramai yang ber’uban’, tiada rambut dan tidak lupa akan lebih daripada 15 rakan yang telah meninggalkan kami.

Ada yang sudah ‘bersara’, ada yang sudah ‘membongkok’, sementara ramai yang masih segar dengan aktiviti kegiatan harian sambil meneruskan dengan baik memasuki bab-bab kehidupan seterusnya.

Tahun 2020, kami akan berusia 60 tahun, dan andaian sekiranya kami menganggap diri kami sebagai ‘tua’ maka ‘tua’ lah mereka yang sedemikian.

Memang sebilangan daripada kami sudah pun bercucu, ada yang Dato’, Datuk dan juga ‘datok’ (tetapi masih hidup sihat dan bahagia seperti sebelum berusia 50 tahun).

Semasa perjumpaan di majlis perkahwinan, pertemuan semula, perbualan bertumpu pada cara untuk tetap mengekal muda atau sekurang-kurangnya menunda penuaan.

Istilah “sudah tua” kini berubah kepada ‘orang lama’, kerana jangka hayat telah berkembang lebih lama, Alhamdulillah.

Semasa tahun 80-an dan 90-an, ramai yang  mengatakan bahawa ‘hidup bermula pada usia 40’ dan pertengahan umur berusia 50 tahun.

Pada era abad ke-21, ‘seseorang yang berusia 60 tahun hari ini adalah usia pertengahan’, adakah sesiapa yang tidak bersetuju?

Dr. Sergei Scherbov, penyelidik utama kajian ‘multiyear’ mengenai penuaan mengatakan bahawa orang Amerika akan dianggap ‘tua’, pada usia 70 hingga 71 untuk lelaki dan 73 hingga 74 untuk wanita.

“Umur sejati anda bukan sekadar bilangan tahun yang anda telah merasa kehidupan.”

 

Sesiapa sahaja boleh menuntut bahawa dia tidak tua atau menegaskan bahawa mereka sudah tua.

Faktor seperti jangkaan jangka hayat, kesihatan diri, fungsi kognitif dan kadar kecacatan semua memainkan peranan, katanya, dan 65 tahun sekarang adalah seperti 55 tahun dari 45 tahun yang lalu.

Jelas sekali, banyak bergantung pada perspektif siapa yang diminta untuk menentukan “tua atau lama.”

Sebagai seorang guru, pelajar yang saya ajar memanggil saya sebagai ‘sir’ atau ‘tuan’, (ini sesuatu yang saya tidak gemar kerana ‘sir’ adalah singkatan kepada ‘slave I remain’ yang  bermaksud ‘saya kekal sebagai hamba ‘).

Beberapa pelajar lain (yang saya tidak mengajar) secara keliru memanggil saya ‘pak cik atau bapa saudara’ tetapi tidak pernah memanggil saya ‘datok’.

Sesetengah rakan saya mengukur keupayaan untuk pelbagai aktiviti fizikal, yang lain mencatatkan tanda aras kognitif dan ada yang memberi tumpuan kepada “masalah ingatan” sebagai menentukan pengistilahan ‘tua’.

Sesiapa sahaja boleh menuntut bahawa dia tidak tua atau menegaskan bahawa mereka sudah tua.

Orang yang merasa dan mendefinisikan ‘tua’ kebanyakannya kerana mereka menghadapi masalah dan kehilangan penguasaan serta mobiliti.

Dr. Andrew Weil, pengarang “Healthy aging (Penuaan Sihat)”, mencatatkan kualiti yang berkaitan dengan “tua” sebagai antik, ketinggalan zaman, hambar, lusuh, lenguh,  sia-sia dan lenyap, tidak berguna dan berkedut dan banyak lagi generalisasi.

Saya mempunyai segala niat untuk terus aktif dan terlibat sekurang-kurangnya ke usia 70-an atau 80-an dan saya berharap lebih lama. Adakah saya sudah tua? Saya berkata “tidak,” dengan tegas.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.