Umur 19 tahun baru boleh berkahwin

Umur 19 tahun baru boleh berkahwin
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DEWAN Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia menetapkan usia perkahwinan minimum adalah 19 tahun bagi lelaki dan wanita.

Peraturan ini dipersetujui dalam sidang pleno di Kompleks MPR/DPR, Jakarta, Isnin 16 September yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua SPR, Fahri Hamzah, lapor CNN Indonesia.

Sebelum ini batas usia minimum perkahwinan di Indonesia ialah 19 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi wanita.

Sebelum ini Undang-Undang Perkahwinan UU nombor 1 Tahun 1974 itu membenarkan usia perkahwinan lelaki adalah 19 tahun sementara perempuan adalah 16 tahun.

Tindakan menaikkan had usia perkahwinan bagi golongan wanita berikutan banyak berlaku perkahwinan bawah umur terutama di kawasan terpencil di Indonesia.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.