Ikan Spa mati gara-gara 10 tahun tidak basuh kaki

Ikan Spa mati gara-gara 10 tahun tidak basuh kaki
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SUDAH menjadi minat ramai masa kini untuk mengunjungi Spa ikan bagi tujuan terapi merehatkan diri apabila kaki pengunjung direndam di dalam bekas yang mengandungi ikan.

Ikan yang akan memakan kulit mati pada kaki pengunjung bukan hanya menjadikannya bersih tetapi juga menenangkan minda.

Bagaimanapun satu perkara yang lucu serta tragis berlaku, apabila seorang pengunjung di Beijing, China yang hanya dikenali sebagai Wong berkunjung ke sebuah Spa ikan, lapor Grid.id.com

Lelaki separuh abad ini telah menyebabkan ikan mati apabila dia merendamkan kakinya yang tidak pernah dicuci sejak 10 tahun lalu.

Menurut agensi berita Sina, Wong berkerja dengan syarikat teknologi maklumat selama 10 tahun setelah tamat pengajiannya.

Dia dikatakan bekerja lebih masa hampir setiap hari dan jarang punya waktu untuk dirinya sendiri.

Namun begitu orang tuanya berjaya memperkenalkan dia dengan seorang wanita dan merancang untuk berkkahwin dalam masa terdekat.

Jadi, di malam Tahun Baru, Wong memutuskan untuk menghabiskan hari itu bersama kekasihnya yang kemudian mengajak Wong ke Spa ikan
Di kedai Spa, Wong selepas menanggalkan kasut di satu sudut membungkus kakinya dengan tuala dan kemudian mencelup kaki ke dalam bekas air yang berisi ikan.

Tuan punya kedai yang kemudian datang meminta wang bayaran dari pasangan itu terkejut melihat semua ikan dalam bekas berkenaan mati.

Dia juga mencium bau sesuatu yang busuk dan menyangkakan Wong sengaja meracuni ikan itu, lantas meminta dibayarkan ganti rugi.

Akhirnya, barulah diketahui ikan berkenaan mati akibat kaki Wong yang kotor kerana tidak pernah dicuci.

Pemilik Spa ikan menerima penjelasan dan Wong bernasib baik kekasihnya tidak meninggalkannya kerana kejadian itu.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.