IPU Sri Aman terus bahaya, kini cecah 392

Bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dibahagikan kepada lima kategori; 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas dianggap berbahaya.

IPU Sri Aman terus bahaya, kini cecah 392
KEADAAN jerebu dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada peringkat bahaya iaitu 352 di bahagian Sri Aman pada jam 6 pagi. NSTP/IHSAN JPBN

 

KUALITI udara Sri Aman terus dikelaskan sebagai berbahaya kerana asap kebakaran hutan yang menyelubungi bahagian selatan Sarawak itu tidak menunjukkan tanda-tanda surut.

Setakat jam 7 malam tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk Sri Aman berada pada tahap 392, melebihi tahap 300 yang dianggap berbahaya.

Manakala, IPU Kuching pula mencatat bacaan 214, sementara di bandar-bandar besar lain negeri itu seperti Sibu, Samarahan, Sarikei, Miri, Bintulu dan Samalaju merekodkan bacaan IPU “tidak sihat”.

Bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dibahagikan kepada lima kategori; 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas dianggap berbahaya.

Kualiti udara untuk tempat-tempat lain di Malaysia juga tidak menunjukan tanda perubahan, malah tiga lagi kawasan mencatat IPU “tidak sihat”-melebihi 100.

Kawasan yang kini terjejas dilanda jerebu adalah di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan dan sebahagian Johor, Perak dan Pahang.

Sementara itu, IPU di Seri Manjung, Perak mencapai tahap “sangat tidak sihat” dengan bacaan 230.

Port Dickson yang mencatat bacaan IPU “sangat tidak sihat” pagi tadi, bagaimanapun, bertambah baik apabila kini berada dalam kelas “tidak sihat” dengan 196.

Manakala, di Nilai dan Johan Setia, Klang terus berada dalam kategori “sangat tidak sihat” dengan bacaan IPU masing-masing mencecah 207 dan 230.

Jumlah kawasan dalam kategori “tidak sihat” kini adalah 30, meningkat berbanding 27 kawasan pada jam 10 pagi tadi.

Disebabkan kualiti udara yang semakin buruk, Kementerian Pendidikan sudah mengarahkan 636 buah sekolah kerajaan diseluruh negara ditutup. 12 buah sekolah swasta juga menghentikan operasi mereka hari ini.

http://bit.do/e8L6q
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.