Lumba basikal lebih senang dengan KBS berbanding MSN

MSN tidaklah sehebat KBS dalam melayani kehendak PKBM lebih-lebih penajaan yang diluluskan jumlahnya amatlah kecil.

Lumba basikal lebih senang dengan KBS berbanding MSN

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) jelas semakin gembira sekarang setelah mengharungi zaman ‘samar-samar’ beberapa musim terdahulu.

Selepas menghadapi tekanan berikutan semakan akaunnya dengan Pesuruhjaya Sukan; diikuti masalah dengan penaja terdahulu, Yayasan Sime Darby, kini sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melegakan PKBM.

Malah presidennya, Datuk Abu Samah Wahab sendiri mengakui bahawa KBS sudah bersahabat baik dengan PKBM terutama sokongan berbentuk penajaan kepada badan itu.

Dalam beberapa kejohanan antarabangsa dikelolakan oleh PKBM, KBS telah membantu ke tahap maksimum; hampir seratus peratus. Kejohanan seperti ini merupakan pertandingan dalam kalendar Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) dan Gabungan Berbasikal Asia (ACC).

Apapun bagi kejohanan tempatan, PKBM terpaksa memohon sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi apa yang difahamkan ia tidak dilayan sebaik KBS.

MSN tidaklah sehebat KBS dalam melayani kehendak PKBM lebih-lebih penajaan yang diluluskan jumlahnya amatlah kecil.

Jelas sekali buat masa ini, kalaulah tiada sumber daripada persatuan sendiri, sokongan berbentuk penajaan daripada firma swasta tempatan amatlah terhad.

Banyak persatuan perlu menagih simpati daripada KBS, MSN dan badan-badan lain di peringkat negeri atau daerah.

KBS dan MSN merupakan dua saluran berbeza tetapi PKBM mendapat kelebihan menerusi KBS tetapi MSN tetap dengan cara mereka dan difahamkan masih kedekut serta bayaran dibuat hanya selepas atur cara berlangsung.

Dua perkara berbeza walaupun kedua-dua di bawah naungan KBS; mungkin kerana ketua masing-masing berlainan pandangan.

Yang pasti buat masa ini, bajet untuk MSN tidaklah banyak seperti terdahulu tetapi lumba basikal adalah antara sukan hebat dan popular di Malaysia sekarang.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Lumba basikal lebih senang dengan KBS berbanding MSN"

  1. aizad  18/09/2019 at 11:07 am

    ok

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.