Suami gagal beri nafkah, isteri bunuh anak kembar

Suami gagal beri nafkah, isteri bunuh anak kembar
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG wanita sanggup membunuh dua anak kembarnya kerana marahkan suaminya yang mengabaikan nafkah harian termasuk tidak membelikan tuala wanita untuknya, lapor Grid.id.com.

Wanita yang dikenali sebagai Dei Regina Ago, 24 hilang pertimbangan apabila dia sanggup menetak dengan parang dua anak kembar anaknya Angga Masus dan Angkri Masus, 5 tahun yang sedang tidur lena.

Kejadian yang berlaku di sebuah bilik pekerja hotel di Oesapa Barat, Kupang, Sulawesi baru-baru ini menyaksikan suspek turut cuba membunuh diri dengan mencederakan diri sendiri dengan parang tetapi nyawa berjaya sempat diselamatkan.

Polis pada awalnya mengesyaki tiga beranak itu menjadi mangsa serangan tetapi terungkai apabila Dewi membuat pengakuan ketika menjalani rawatan di sebuah hospital.

Jurucakap Polis Kupang,Bobby Mooy Nafi berkata, Dewi nekad membunuh dua anak kembarnya kerana tekanan jiwa akibat perbuatan suaminya yang mengabaikan tanggungjawabnya.

Bobby berkata, suami wanita berkenaan tidak memberikan belanja harian termasuk wang untuk membeli tuala wanitanya.
Dewi boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.