Bayi lahir melalui pembedahan berisiko dijangkiti lebih banyak bakteria – kajian

Bayi lahir melalui pembedahan berisiko dijangkiti lebih banyak bakteria – kajian
GAMBAR: Creative Commons

 

BAYI yang dilahirkan melalui C-Section mempunyai bakteria dalam perut berbeza berbanding kelahiran biasa.

Menurut satu kajian di United Kingdom keadaan ini dapat bantu memberi jawapan mengapa sesetengah kanak-kanak mempunyai sistem ketahanan lemah.

Kajian mendapati bahawa bayi yang dilahirkan cara biasa dijangkiti sebahagian besar bakteria atau mikrobiome daripada ibu, sementara yang dilahirkan melalui C-Section pula mengutip mikrobiome daripada persekitaran hospital.

Para saintis yang menjalankan kajian tersebut berkata titik sesuatu kelahiran “mungkin merupakan “momen termostat yang membentuk sistem imunisasi untuk kehidupan selanjutnya.”

Menurut akhbar British The Independent, mikrobiome dalam perut mengandungi berjuta mikrob yang mungkin penting bagi pembentukan sistem imunisasi. Kekurangan pendedahan kepada jenis bakteria yang sesuai pada peringkat kanak-kanak didapati punca jangkitan penyakit-penyakit yang melemahkan ketahanan badan, seperti lelah, alahan dan diabetes.

Kajian dilakukan oleh penyelidik daripada Wellcome Sanger Institute, University College London (UCL) dan University Birmingham.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.