Dituduh rasuah, Menteri Belia dan Sukan letak jawatan

Dituduh rasuah, Menteri Belia dan Sukan letak jawatan
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

MENTERI Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi meletak jawatan hari ini setelah dituduh terbabit dalam kegiatan rasuah, lapor CNN Indonesia.

Presiden Joko Widodo menerima surat perletakan jawatan itu kira-kira pukul 9.30 waktu tempatan. Jokowi menyatakan demikan dalam pertemuan dengan sejumlah petugas media di Jakarta. Pengumuman Jokowi itu turut disiar secara lintas langsung di beberapa stesen TV pada jam 10.50 waktu tempatan.

Semalam Komisi Pembanterasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) atau Biro Pencegahan Rasuah menetapkan Imam sebagai tertuduh bagi kes rasuah membabitkan 26.5 bilion rupiah dalam tempoh 2014-2018

Turut didakwa ialah pembantu peribadi Imam, Alexander Marwata.

Jokowi bagaimanapun enggan menyatakan sama ada individu lain akan mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan kerana kabinet sekarang akan berakhir bulan depan.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.