Dua menteri kabinet Jokowi menyanyi, main gitar dalam Parlimen

Dua menteri kabinet Jokowi menyanyi, main gitar dalam Parlimen
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DUA menteri kabinet Joko Widodo (Jokowi) memperlihatkan kebolehan bernyanyi dan bermain gitar dalam Majlis Pemusuaratan Rakyat (MPR) atau Parlimen Indonesia.

Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Basuki Hadimuljono dan Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi bermain gitar dan menyanyi setelah mesyuarat kerja selesai dan ditutup Ketua Komisi V DPR, Fary Djemi Francis pada Rabu 18 September.

Kedua-duanya diminta oleh Ketua Komisi, untuk main gitar dan menyanyikan lagu ‘Kapan-kapan Kita Berjumpa Lagi’, dan ‘Kemesraan’.

“Bapak-bapak menteri ini saya tahu jaguh main gitar. Nah, sekarang kita cuba minta main gitar dan sekalian nyanyi. Harus mau lho. Kalau tidak mahu, anggaran tidak kita perjuangkan,” kata Fary disambut ketawa seluruh anggota Komisi V DPR yang hadir ketika itu.

Setelah diminta Ketua Komisi, dan diberikan gitar, Menteri Basuki dan Budi Karya mengikuti permintaan tersebut. Lalu kedua-dua menteri ini main gitar, dan menyanyi.

Kedua-dua menteri itu menyanyi bersama-sama seluruh anggota Komisi V DPR, kerana ia dijangka sebagai mesyuarat kerja terakhir.

Ini kerana bulan depan sudah DPR berganti kepada yang baharu, mungkin ada sejumlah anggota yang bertukar atau tidak terpilih lagi menganggotainya.

Maka dalam kesempatan itu, kalangan Komisi V mengajak kedua-dua menteri itu untuk menyanyi dengan tema kemesraan dan untuk dapat bertemu lagi.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.