Orang utan di Kalimantan pun sesak nafas akibat jerebu

Orang utan di Kalimantan pun sesak nafas akibat jerebu
FOTO: ANTARA

 

SERIUS… Kebakaran hutan meluas di Indonesia yang menyebabkan jerebu merebak sejauh Singapura dan Semenanjung Malaysia juga teruk menjejaskan nasib kehidupan orang utan.

Spesies mamalia primat itu yang terancam pupus kini kehilangan tempat tinggal mereka pula, kata sebuah badan kebajikan haiwan tersebut, Yayasan Penyelamatan Orang Utan Borneo.

Jakarta kerahkan ribuan anggota keselamatan dan puluhan pesawat bom air untuk padam kebakaran yang menyebabkan hutan semula jadi hangus terbakar di Sumatera dan Borneo.

Kebakaran itu yang biasanya berpunca daripada pembakaran secara haram untuk pembersihan ladang bagi tujuan pertanian menyebabkan jerebu di beberapa negara di Asia Tenggara.

Jurucakap yayasan itu menyatakan bahawa situasi jerebu tersebut jejaskan beratus-ratus orang utan dalam penjagaannya di beberapa pusat penyelamatan dan perlindungan hidupan liar.

“Asap tebal tidak hanya bahayakan kesihatan kakitangan kami… tetapi ia juga jejas 355 orang utan yang kami jaga,” menurut kenyataan yayasan itu yang merujuk keadaan di Kalimantan.

“Sehingga 37 orang utan muda dipercayai mengalami jangkitan pernafasan ringan,” tambahnya. Keadaan jerebu begitu teruk di kemudahan haiwan iutu di Samboja Lestari di Kalimantan Timur.

Banyak kegiatan luar bagi orang utan dihad kepada beberapa jam sehari. Haiwan ini terdedah kegiatan pembersihan ladang untuk tujuan komersial di kawasan habitat semula jadi mereka.

Populasi orang utan di Borneo merosot daripada sekitar 288,500 pada 1973 kepada sekitar hanya 100,000 sekarang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar.

Asap toksik akibat kebakaran hutan adalah satu masalah tahunan bagi Indonesia dan negara-negara jirannya, namun keadaannya lebih buruk tahun ini lebih-lebih lagi kerana cuaca kering.

Di pulau Borneo, yang terbahagi kepada wilayah-wilayah Indonesia, Malaysia dan Brunei, pencemaran telah cecah tahap “berbahaya”, menurut data kementerian sekitaran di Jakarta.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.