Pilihan raya Israel: Netanyahu dan Gantz menuju kebuntuan

Netanyahu masih berhasrat untuk mengekalkan kuasanya di Israel bagi penggal kelima berturut-turut.

Pilihan raya Israel: Netanyahu dan Gantz menuju kebuntuan
FOTO: Gili Yaari, Yonatan Sindel/Flash90

 

KEPUTUSAN tidak rasmi menunjukkan tiada pemenang jelas muncul daripada pilihan raya Israel setakat ini, selain menimbulkan tanda tanya tentang siapa akan menjadi perdana menteri.

Dengan 63% undi telah dikira, parti sayap kanan pimpinan Benjamin Netanyahu dilihat berada sedikit di belakang lawannya, Benny Gantz yang mewakili kelompok tengah politik negara tersebut.

Keputusan itu menunjukkan bahawa kedua-dua calon akan berdepan dengan kesukaran untuk menubuhkan gabungan bersama parti-parti lebih kecil.

Netanyahu masih berhasrat untuk mengekalkan kuasanya di Israel bagi penggal kelima berturut-turut.

Menyebut sumber dalaman Jawatankuasa Pilihan raya Pusat, media Israel melaporkan bahawa perikatan Biru dan Putih pimpinan Gantz boleh menang 33 daripada 120 kerusi dalam parlimen Israel (Knesset), diikuti oleh parti Likud pimpinan Netanyahu sebanyak 32 kerusi.

Blok pertengahan kiri yang diketuai oleh Gantz dan blok sayap kanan dan parti-parti agama pimpinan Netanyahu kedua-duanya diramal akan dapat menguasai 56 kerusi – kurang lima untuk membentuk majoriti.

Netanyahu dilantik sebagai perdana menteri Israel pada Julai lalu. Beliau merupakan perdana menteri paling lama di negara itu – sejak 2009.

Ahli politik berusia 69 tahun itu berazam untuk menguasai kesemua penempatan Yahudi dan sebahagian besar dari wilayah Tebing Barat yang dikuasai oleh Israel sekiranya beliau dilantik semula.

Keputusan-keputusan rasmi masih lambat diterima oleh Jawatankuasa Pilihan raya Pusat, dengan hanya 63.4% undi dikira pada pukul 2.59 semalam (Rabu).

-BebasNews

 

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.