Sung Hoon datang Malaysia

Peminat Sung Hoon berpeluang bertemu dengan pelakon tersebut pada 19 Oktober ini di 1 Utama Shopping Centre bermula pada pukul 5 petang.

Sung Hoon datang Malaysia
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SEMPENA merai sambutan ulang tahun Oh!K yang kelima, saluran tersebut dan Astro telah menjemput salah seorang hos program I Live Alone, Sung Hoon datang ke Malaysia.

Peminat Sung Hoon berpeluang bertemu dengan pelakon tersebut pada 19 Oktober ini di 1 Utama Shopping Centre bermula pada pukul 5 petang.

Pada pertemuan itu kelak, peminat-pemint bertuah berpeluang untuk berfoto secara berkumpulan dengan pelakon kacak tersebut. Selain itu, mereka yang terpilih juga berkesempatan untuk sesi hi-touch dengan Sung Hoon.

Sung Hoon atau nama sebenarnya Bang In-kyu, 36, mula mencipta nama menerusi New Tales of Gisaeng dan lakonannya dalam drama romantik itu melayakkan beliau dipilih sebagai Aktor Baharu Terbaik pada 2011.

Sejak itu namanya terus melonjak dalam bidang seni dan telah memenangi beberapa anugerah seperti Best Entertainer Award di 2nd Asia Artist Awards dan Korean Model Star untuk anugerah 13th Asia Model Awards.

Sebelum bertemu dengan peminat secara terbuka, pada pukul 1 petang, beliau akan berinteraktif dengan peminat menerusi Facebook Oh!K. Sewaktu bersiaran langsung itu, beliau akan menjawab apa saja soalan daripada peminat-peminatnya.

Jika anda tidak berkesempatan untuk melayari Facebook ketika itu, jangan risau kerana 300 pelanggan Astro yang berada di 1 Utama bermula pukul 1 hingga 4.45 petang beserta dengan bil terkini berpeluang untuk membawa pulang barangan cenderahati Sung Hoon.

Sempena dengan sambutan ulang tahun OH!K yang kelima, turut diadakan bengkel tarian K-pop bersama KTNK Dance Academy di 1 Utama Shopping Centre bermula 17 hingga 20 Oktober ini.

Semasa bengkel tarian berlangsung, peminat akan diajar beberapa rentak tari terkini yang popular di Korea Selatan.

Mana-mana individu atau kumpulan yang berminat dalam tarian dan mahu menjadi bintang K-Pop bolehlah menyertai pertandingan K-Pop Dance Stars yang dikendalikan oleh KTNK Dance Academy pada 19 Oktober ini yang bermual pada pukul 11 pagi hingga 4 petang. Pemenang pertandingan tarian itu berpeluang memenangi wang tunai RM5.000.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.ohk-tv.com/birthday dan Oh!K official Facebook page.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.