Trump kenakan sekatan baharu terhadap Iran susulan Saudi Arabia pamer ‘bukti’ serangan Yaman

Trump kenakan sekatan baharu terhadap Iran susulan Saudi Arabia pamer ‘bukti’ serangan Yaman

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan sekatan-sekatan baharu terhadap Iran hari ini dalam usaha meraih sokongan pihak bersekutu bersabit serangan terhadap dua loji minyak Arab Saudi baru-baru ini.

Menurut Trump beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri British Boris Johnson yang menyetujui perlunya satu “respons diplomatik bersepadu.”

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompei diarahkan untuk berbincang berhubung perkara berkenaan di Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar British The Telegraph, Kementerian Pertahanan Saudi telah mengadakan taklimat berlatarbelakangkan serpihan peluru berpandu dan drone dan seterusnya mendakwa bahawa Iran bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Iran menafikan penglibatannya, tetapi puak pejuang Houthi di Yaman yang disokong Iran telah mengaku bertanggungjawab.

Seorang penasihat Presiden Iran Hassan Rouhani, berkata Saudi Arabia “tak tahu apa-apa langsung”.

Dalam pada itu, Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan pelbagai bentuk respons berhubung isu tersebut, termasuk perang.

“Masih banyak masa untuk melakukan tindakan-tindakan yang kurang enak,” tegas beliau.

Keputusan Trump untuk memperhebat tindakan ke atas Iran yang mana butirannya akan diberitahu kemudian memungkinkan perbincangan bersama Rouhani di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu minggu ini tidak kesampaian.

Sebagai reaksi, Iran hari ini mengugut untuk tidak menghadiri pertemuan itu.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.