Trump lantik Robert O’Brien sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS baharu

Presiden AS Donald Trump menamakan Penasihat Keselamatan Kebangsaan baharu untuk menggantikan John Bolton.

Trump lantik Robert O’Brien sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS baharu
FOTO: Robert O’Brien/ Jabatan Keselamatan Negara AS/ Public Domain

 

DALAM lapangan dasar luar Robert O’Brien amat berpengalaman berkhidmat bagi pihak kedua-dua parti utama Amerika Syarikat dan kini mengetuai pasukan rundingan tebusan di Jabatan Negara.

Beliau adalah penasihat keselamatan negara keempat Trump.

Sebagai penasihat teratas berhubung keselamatan negara, O’Brien akan ditugaskan untuk menangani segala-galanya, daripada dasar imigresen hingga ke krisis ketegangan terkini dengan Iran.

“Robert seorang yang hebat,” Trump berkata memuji kerja O’Brien dalam hal-hal mengenai tebusan. “Kami amat mengenali satu sama lain.”

Bagi O’Brien pelantikan ini dianggap satu penghormatan kepada dirinya.

“Walaupun kami menghadapi beberapa cabaran, kami ada pasukan yang hebat,” kata beliau.

“Saya tidak sabar bekerjasama dengan mereka dan juga presiden untuk menjaga keselamatan Amerika dan memastikan kesinambungan tentera kita.”

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.