Gadis tinggalkan suami kerana kahwin paksa

Gadis tinggalkan suami kerana kahwin paksa
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG gadis melarikan diri dari rumah meninggalkan suaminya selepas baru berkahwin kerana dikahwin paksa oleh keluarga.

Selepas berkahwin pada 22 September lalu di Bulukumba, Sulawesi Selatan, Nur Fikayanti, 19, enggan melayani Harris, 23, yang sudah sah menjadi suaminya, lapor Tribune News.

Beberapa hari kemudian Nur Fikayanti nekad meninggalkan rumah suaminya, hilang entah ke mana.

Haris mengaku dirinya rasa tertipu. Dia belum sempat menyentuh isterinya itu.
Haris cuba mengesan Nur Fikayanti yang dipercayai lari dengan lelaki lain.

Keluarga Haris turut membuat laporan kepada Polis Borongrappoa, kecamatan Kindang, Bulukumba, Sulawesi Selatan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.