Hanif Dhakiri pemangku Menteri Belia dan Sukan

Hanif Dhakiri pemangku Menteri Belia dan Sukan
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Menteri Tenaga Kerja, Hanif Dhakiri menjadi pemangku Menteri Belia dan Sukan, Imam Nahrawi yang meletak jawatan semalam, lapor CNN Indonesia.

Menteri Setiausaha Negara Pratikno mengatakan Jokowi sudah menandatangani keputusan presiden (kepres) pemberhentian Imam dan mengangkat Hanif sebagai pengganti.

“Sudah menandatangani kepres pemberhentian Imam Nahrawi dan mengangkat saudara Hanif Dhakiri sebagai pemangku Menteri Belia dan Sukan, ” kata Pratikno di Istana Negara, Jumat, 20 September.

Pratikno mengakui bahawa beberapa pertimbangan dilakukan untuk menduduki tempat Menteri Belia dan Sukan yang menjadi milik Partai Kebangkitan Bangsa (PKB).

Kabinet Jokowi bagi sesi 2014 – 2019 berakhir bulan depan
Sebelum ini, Imam, yang merupakan ahli PKB, meletakkan jawatan selepas dituduh menerima rasuah.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.