Rule of Law : Laksanakan sekolah satu aliran

Apalah gunanya undang-undang dan Perlembagaan, jika tidak mahu mendaulatkanya. Lebih baik dimansuhkan saja daripada menjadi bahan ketawa dan ejekan.

Rule of Law : Laksanakan sekolah satu aliran
Oleh DATO’ PROF. EMERITUS DR. HASHIM YAACOB DAN ADI SUKMA

 

ADALAH menjadi idaman kebanyakan rakyat supaya sebarang tindakan yang hendak dibuat hendaklah mengikut the ‘Rule of Law’.

Apakah maknanya ini? Maknanya ialah sesuatu yang hendak dilakukan hendaklah mengikut undang-undang yang sedia ada, yang telah termaktub dalam perlembagaan yang telah dibuat dan dipersetujui oleh kita dan tok nenek kita sendiri.

Contoh yang amat ketara yang terang melanggar the Rule of Law ialah mengenai kewujudan sekolah-sekolah vernakular. Sudahlah penubuhan sekolah vernakular melanggar Akta Pendidikan Negara, tetapi diberi pula peruntukan kewangan yang sepatutnya mengikut Perlembagaan, tidak boleh diberi.

Mengapakah sampai sekarang ini ada beberapa perkara yang jelas melanggar the Rule of Law dan Perlembagaan Negara kita?

Jawabnya sangat senang, dan semua orang memang tahu sebabnya, tetapi masih lagi berfikir tentang apa yang hendak dilakukan untuk memperbetulkannya.

Apalah gunanya undang-undang dan Perlembagaan, jika tidak mahu mendaulatkannya. Lebih baik dimansuhkan saja daripada menjadi bahan ketawa dan ejekan.

Keamanan dan kesejahteraan negara ini seterusnya akan terletak di tangan anak- anak yang berbilang bangsa dan agama yang masih di bangku sekolah. Kalau mereka menamatkan masa muda di bawah bumbung sekolah yang sama, mereka tentu akan belajar bersama,makan bersama dan bermain bersama. Mereka akan dapat memahami nilai dan budaya hidup masing – masing, yang tentu sekali dapat menjalinkan persahabatan. Mereka akan menjadi kawan.

Tetapi kalau mereka bersekolah di bawah bumbung-bumbung sekolah yang sangat berlainan aliran dan bahasa pengantar pelajaran yang sangat berbeza , integrasi dan hubungan antara anak-anak yang berbilang bangsa ini , yang akan mewarisi negara ini,tidak mungkin akan terjadi.

Kami yakin bahawa semua orang percaya dengan apa yang kami katakan diatasi itu. Tetapi kerana keangkuhan pada sebelah pihak dan kebertolakansuran melampau yang sebenarnya adalah kelemahan pada sebelah pihak yang lain, maka terjadilah perlanggaran Perlembagaan Negara kita. The Rule of Law telah kalah dalam hal ini.

Perdana Menteri kita Tun Mahathir Mohamad telah banyak kali menyuarakan hasrat untuk membina sekolah dimana semua bangsa ditempatkan di bawah satu bumbung. Ini adalah cadangan yang patut di laksanakan.

Pakar Perlembagaan terkemuka Profesor Shad Faruqi juga telah mengatakan bahawa sekolah vernakular tidak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian,maka amat tepatlah apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu Abu Bakar Yahya baru-baru ini meminta supaya perkara mengenai penubuhan sekolah yang melanggar Perlembagaan dikaji dengan mendalam. Beliau mahu supaya Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan didaulatkan.

Dalam kewarasan dan kebijaksanaan, Singapura hanya mewajibkan sekolah satu aliran sahaja walaupun rakyatnya berbilang bangsa.

— BebasNews

 

Please follow and like us:
error

2 Responses to "Rule of Law : Laksanakan sekolah satu aliran"

  1. SUHAIMI HARUN  20/09/2019 at 11:50 am

    Tepat. Sekolah vernakular tidak dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

    Oleh itu untuk memastikan bahawa Kerajaan Malaysia mengurustadbir negara menurut “Rule of Law” maka semua sekolah vernakular perlu ditutup.

    Untuk tahun 2020 TIADAKAN pengambilan murid tahun satu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT).

    Satu ketetapan tarikh dan tahun (Pelan Operasi Penutupan) (POP) perlu dibuat untuk menutup sekolah vernakular secara berperingkat dan menyalurkan saki-baki murid/pelajar sekolah vernakular ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

    Selagi tidak ada satu pelan, maka tidak ada apa-apa tindakan dan akhirnya sampai bila pun ianya tidak dapat dilaksanakan dan masalah kewujudan sekolah vernakular yang bertentangan Perlembagaan Persekutuan akan terus menjadi perbincangan tanpa penyelesaian.

    Reply
  2. herman farispetra9599  20/09/2019 at 1:22 pm

    Harus di INGAT… dalam butir keterangan Perlembagaan Persekutuan (Rule of Law) Malaysia, ada Pelbagai Ayat Tersurat begitu juga Tersirat.
    3. Yang tersurat, senang kita just Touch n Go; perkara Tersirat pula tugas Judiciary Branch untuk Tafsir yang mana kelak akan menjadi Precedent Case
    4. Untuk sekolah satu aliran, memang memerlukan Political Will dari the most influenced group of politicians by Gung-ho
    5. Jangan cakap tak boleh melainkan Ahli-ahli Politik kita terutama Pemenang PRU tidak ada batu ataupun hanya ada sebijik telur

    KESIMPULAN:
    hendak seribu daya; tak ndak berdalih lah ia.
    DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.