Trump saman Ketua Pendakwa Raya Daerah Manhattan, New York

Trump saman Ketua Pendakwa Raya Daerah Manhattan, New York
GAMBAR  Komposit: New York Daily News

 

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump hari ini mengemukakan saman ke atas Ketua Pendakwa Raya Daerah Manhattan, New York.

Saman itu bertujuan mengetepikan sepina yang mengarahkan beliau mengemukakan penyata bagi cukai perseorangan dan korporatnya.

Menurut Bloomberg, bulan lalu Pendakwa Raya Daerah Cyrus Vance telah menghantar sepina kepada syarikat perakaunan Trump meminta semua penyata cukai dari 2011 hingga 2018.

Permintaan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan jenayah ke atas Trump Organization dan pembayaran wang secara sulit kepada dua wanita yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Trump.

Susulan itu panel peguam Trump bertindak mencabar sepina berkenaan dengan bantahan kononnya  presiden yang masih memegang jawatan tidak boleh dikenakan sebarang proses pendakwaan jenayah.

Jurucakap Vance enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Trump saman Ketua Pendakwa Raya Daerah Manhattan, New York"

  1. herman farispetra9599  20/09/2019 at 5:19 pm

    Konsep Pengasingan Kuasa yang Cemerlang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.