Ahli parlimen Tanjung Piai meninggal dunia

1
224

AHLI Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia sekitar 6.00 pagi tadi di Hospital Pontian, Johor.

Wakil rakyat Bersatu itu mengalahkan calon MCA Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mohamed Farid meraih 21,255 undi, sementara Wee mendapat 20,731 Wee.

Calon lain yang bertanding di kerusi itu ialah Nordin Othman dari PAS yang mendapat 2,962 undi.

Tanjung Piai, yang terletak di barat daya Johor, dianggap sebagai kerusi tipis PH.

Berita Harian melaporkan Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal sebagai berkata bahawa Farid dipercayai mengalami serangan jantung.

http://bit.do/e9dpv
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here