Kekasih Mamat Exists pelajar UIA

Kini dia sedang mengikuti jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Kekasih Mamat Exists pelajar UIA
Oleh NAFSIAH JANI

 

DALAM diam rupanya Mamat Exists kini tengah bahagia melayari alam percintaan bersama kekasihnya yang dikenalinya lebih kurang lima tahun lalu.

Kata Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Kamaruddin, 41, kekasihnya itu masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di ibukota.

“Kekasih saya tu bertudung orangnya. Kini dia sedang mengikuti jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Biarlah saya katakan namanya bermula dengan huruf N dan S. Dia orang Singapura dan saya kenal dia sejak umurnya belasan tahun lagi dan kini N S sudah berusia 24 tahun.

“Tengoklah, kalau tak ada aral, InsyaAllah kami akan bertunang tidak lama lagi. Buat masa ini hubungan kami hanya diketahui ibu kekasih saya dan dia nampaknya merestui hubungan kami berdua.

“Saya pilih dia kerana dia seorang yang cukup memahami dan banyak memberi nasihat kepada saya untuk berubah. Mungkin lepas dia habis belajar beberapa tahun lagi barulah kami fikirkan untuk berkahwin pula…kalau ada jodoh.’’

Walaupun berjauhan dengan anak-anaknya namun Mamat tetap memberi nafkah bulanan kepada anak-anaknya RM1200 sebulan. Anak-anaknya, Aliya Maisa, 18 tahun, Mohd Aqeel Daniel (15) dan Dahlia Maisa, 12.

“Walaupun kami dah bercerai namun hubungan saya dan bekas isteri, Sheila yang sudah berkahwin semula tetap baik. Suami barunya pun baik dengan saya dan kadang-kadang saya mereka,’’ kata Mamat yang mesra dengan panggilan Pito oleh anak-anaknya.

 

Mamat sibuk uruskan bisnes bersama rakan kongsi

Patutlah Mamat begitu sibuk di Johor Bahru, rupanya dia kini sedang merancang untuk membuka kelas vokal pula.

“Target saya tahun 2020 nak buka opis di JB dan tak sangka pula untuk kebaikan diri saya, saya kena berpindah ke Kuala Lumpur. Kini saya tengah setup kelas vokal dan RM Keramat Resources (pemberi pinjaman wang) yang sudah empat tahun beroperasi.

“Kelas vokal itu saya sendiri yang akan mengajarnya dan mungkin saya terpaksa ulang alik KL-JB kerana kini dah ramai mendaftar dekat 700 orang. Mereka yang berminat boleh layari [email protected] dan sertakan profile.’’

Mamat menambah, buat masa ini wang simpanannya tidak sampai setengah juta.

“Itu sebabnya saya kena bekerja keras, mencari dan mengumpul duit sebanyak mungkin. Setiap bulan saya memang ada show dan ini merupakan duit tepi selain gaji bulanan RM4,000 yang saya dapat sebagai pengarah syarikat bersama rakan kongsi saya.

“Walaupun tidak banyak, sekali majlis makan malam dapatlah saya bayaran antara 4k hingga 6k.’’

Ditanya mengenai penyepiannya selama ini, menurut Mamat, “Saya ada saja di Johor Bahru. Kalau ada show saya pergi dan sebab tak ada publisiti saya di media cetak, digital dan elektronik yang buat orang ingat saya dah `hilang’.

“Lagipun tak ada cerita atau projek album baru yang saya nak ceritakan. Ada single pun `terkubur’ macam itu saja.’’

Kini Ajai dan Musa dalam proses menyiapkan single terbaru Mamat.

“InsyaAllah lepas single Exists reunion …Tak Berakhir nyanyian saya dan Ezad Exists, kami akan rekod lima buah lagu untuk full album Exists pula,’’ kata Mamat yang kini sibuk dengan persiapan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September ini dan Singapura (5 Oktober).

–BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Kekasih Mamat Exists pelajar UIA"

  1. herman farispetra9599  21/09/2019 at 11:51 am

    ……. “Walaupun tidak banyak, sekali majlis makan malam dapatlah saya bayaran antara 4k hingga 6k.’’ ….
    GOOD LUCK FOR YOUR FUTURE, AKHI MAMAT EXISTS💪👍👌

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.