NASA bimbang tiada teknologi mampu kesan asteroid bahaya hentam bumi

NASA bimbang tiada teknologi mampu kesan asteroid bahaya hentam bumi
ILUSTRASI: Ben Kothe / BuzzFeed News; Wikimedia Commons

 

KETIADAAN teknologi untuk mengesan asteroid berbahaya semakin membimbangkan pegawai-pegawai di NASA.

Menurut laporan BuzzFeed yang memetik e-mel dalaman agensi tersebut, paling digeruni ialah asteroid “2019 OK” yang dikesan pada Ogos tahun lalu, apabila ia melintasi permukaan bumi pada jarak sipi hanya 65,000km.

Asteroid tersebut menurut NASA adalah yang terbesar pernah menghampiri bumi sejak hampir satu abad, dan sekiranya bertembung dengan bumi boleh mengakibatkan kemusnahan seluas 50km.

Kejutan yang diterima oleh NASA kini mencetuskan kebimbangan terbaharu tentang kelemahan teknologi yang ada untuk mengesan dan memberikan amaran awal kepada penduduk bumi.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.