Sufie Rashid kini suami kepada Nurulain

0
121
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28, selamat bergelar suami kepada Nurulain dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang berlangsung pada pukul 9.30 pagi hari ini (21 September 2019).

Majlis bersejarah pasangan itu diadakan di Pulse Grande Hotel Putrajaya dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat rapat saja kerana majlis diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md. Yusof pada 15 Disember 2018, hampir setahun yang lalu.

Penyanyi itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan dan majlis dikendalikan oleh Pendaftar Nikah Putrajaya, Ustaz Hasli Othman.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki memberi cek hantaran bernilai RM20,000 serta mas kahwin sebanyak SGD300 dan sebentuk cincin dengan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh.

Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. 

Majlis resepsi akan berlangsung esok (22 September) di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Menurut Sufie, beliau merasakan cukup bertuah apabila mengenali isterinya untuk menjadi peneman hidup.

“Saya bersyukur kerana dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang saya untuk terus berkarya dalam industri seni,” katanya ceria.

Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

Majlis pernikahan serta persandingan telah disediakan oleh perancang majlis Dwikarya Wedding And Event.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here