Teknologi mewujudkan wajah yang tidak pernah wujud

0
6475
KESEMUA wajah ini tidak pernah wujud di mana-mana pun di dunia/ FOTO: Icons8

 

TERBAHARU…sebuah syarikat berpangkalan di New York, AS kini menawarkan akses percuma kepada lebih 100,000 wajah manusia yang dijanakan melalui teknologi Ai (kecerdasan buatan).

Pereka bentuk Konstantin Zhabinsky di syarikat Icons8 menempatkan kesemua wajah tersebut dalam sebuah portal yang dinamakan 100,000 Faces.

Menurut laporan The Verge, Zhabinsky berkata semua wajah yang tidak pernah wujud itu dilakarkan secara dalaman dan tidak berpandukan mana-mana wajah hakiki atau foto stok yang diambil dari Internet.

Bagaimana pun, perincian wartawan The Verge mendapati sesetengah daripada wajah tersebut “tidak berapa tepat”, walaupun masalah berkenaan sedang ditangani Icons8.

Dalam konteks yang sama, sebuah lagi laman web, ThisPersonDoesNotExist.com pula menggunakan teknologi GAN (generative adversarial network) to menghasilkan wajah baharu seseorang yang tidak pernah wujud di dunia setiap kali pengguna ‘reload’ laman yang dilayari.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here