Banduan di Indonesia dapat cuti pulang ke rumah

Banduan di Indonesia dapat cuti pulang ke rumah
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

BANDUAN tertentu akan diberi cuti bersyarat di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pemasyarakatan.

Di bawah peraturan baharu yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, banduan yang diberi cuti dalam jumlah tertentu. boleh menggunakan haknya untuk bercuti di luar penjara, lapor CNN Indonesia.

Bagaimanapun, pergerakan mereka akan terus diawasi oleh petugas penjara.

Banduan ini boleh berjalan-jalan, ke pusat membeli belah, malah boleh pulang ke rumah dengan syarat ditemani oleh kakitangan penjara, kata anggota Jawatankuasa RUU Kemasyarakatan, Muslim Ayob baru-baru ini.

Banduan mendapatkan hak tersebut berdasarkan Pasal 9 dan 10 RUU Pemasyarakatan yang bakal disahkan Dewan Pemesyuarahan Rakyat (DPR) atau Parlimen tidak lama lagi. Pasal berkenaan menyatakan banduan berhak mendapat cuti bersyarat dan kegiatan rekreasi.

Banduan kerana kesalahan rasuah antara mereka yang tidak layak menerima cuti bersyarat ini.

BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Banduan di Indonesia dapat cuti pulang ke rumah"

  1. herman farispetra9599  23/09/2019 at 12:53 am

    Manusia boleh berubah. Cuma nak kena petik satu suis dalam badan kita. Every single person ada suis yang misteri kedudukan nya.
    Cari, cari dan cari…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.