KFC uji hidangan ayam goreng baharu dalam bentuk sandwich donut

Tidak kurang ramai juga yang mengecam mengatakan hidangan baharu itu mengandungi lemak dan kalori terlalu tinggi dan hanya menyumbang kepada masalah berat badan

KFC uji hidangan ayam goreng baharu dalam bentuk sandwich donut
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

RANGKAIAN makanan segera antarabangsa itu pada Jumaat mengumumkan sekurang-kurangnya 40 kedai di Pennsylvania dan Virginia di Amerika Syarikat akan menawarkan hidangan berperasa masam-manis itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Untuk rekod donut telah lama digunakan untuk menggantikan roti dalam penyediaan sandwic, tetapi KFC muncul sebagai rangkaian besar yang pertama menawarkan hidangan berkalori tinggi ini pada harga AS$5.99 (RM25).

Menurut The Daily Mail, rangkaian tersebut juga kini sedang menguji jualan pakej Kentucky Fried Chicken & Doughnut Basket yang mengandungi sebiji atau dua biji donut pada harga AS$5.49 hingga AS$7.49.

Sejurus selepas diumumkan, ramai peminat muncul di Twitter untuk berkongsi pendapat mereka, dengan sesetengahnya mencemuh promosi tersebut sementara yang lainnya menyatakan akan ke lokasi berkenaan untuk mencuba hidangan baharu itu.

Tidak kurang ramai juga yang mengecam mengatakan hidangan baharu itu mengandungi lemak dan kalori terlalu tinggi dan hanya menyumbang kepada masalah berat badan penduduk Amerika dan mendakwa KFC menawarkan jalan pintas untuk mendapat diabetes.

Ada juga yang menuduh KFC hanya ingin “membunuh pelanggan mereka…strategi perniagaan yang sungguh pelik”.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.