Makan telur sebenarnya baik untuk kesihatan

0
59
FOTO: Creative Commons

 

Oleh FETTY RARA

 

SEJAK sekian lama ramai (termasuk doktor dan pakar perubatan) menasihatkan supaya kurangkan memakan telur kerana bahaya kepada sistem tubuh dan kononnya kandungan kolesterol tinggi boleh membawa kepada penyakit jantung.

Bagaimana pun, sejak kebelakangan banyak hasil kajian yang menunjukkan bahawa itu semua tidak benar, sebaliknya telur boleh membantu kemantapan kesihatan tubuh kita.

BBC memetik kajian oleh Christopher Blesso, Profesor Madya Sains Nutrisi di  University of Connecticut, Amerika Syarikat yang mendapati bahawa memakan telur bersama makanan lain dapat membantu tubuh kita menyerap lebih banyak vitamin.

Menurut beliau kolesterol dalam telur sebenarnya banyak manfaatnya bila dimakan.

Perbezaan dan risikonya bergantung pada sistem dalam badan seseorang itu sahaja.

Apa yang didapati oleh Christopher melalui kajiannya sebenarnya menyokong dapatan bertahun sebelum ini bahawa saintis masih tidak dapat mengaitkan secara konklusif risiko penyakit jantung dengan memakan makanan berkolesterol tinggi.

Disebabkan itu maka sekarang di Amerika Syarikat dan di United Kingdom pihak berkuasa kesihatan tidak lagi memberi penekanan kepada pengambilan tinggi kolesterol, tetapi sebaliknya menghadkan pengambilan lemak tepu berlebihan.

-BebasNews

 

 

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here