[VIDEO] Gara-gara tunjuk berani, kepala digigit ular sawa

0
68
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

GARA-gara cuba menunjukkan aksi berani sambil memegang sekor ular sawa, seorang lelaki akhirnya digigit di bahagian kepalanya.

Saat ular sawa yang agak besar itu mengamuk telah dirakam dalam kamera seterusnya menjadi bahan tularan dalam media sosial.

Kejadian berlaku apabila lelaki yang memegang haiwan itu cuba meniup ke arah mulut ular yang ternganga menghadap wajahnya.

Bukan sekali lelaki itu meniup ke arah mulut ular yang terbuka lebar tetapi beberapa kali juga, seolah-olah dia telah berjaya menguasai haiwan itu.

Ular itu kemudian diangkat dengan kepalanya berada di atas kepala lelaki itu sebelum sejurus kemudian haiwan membuka mulutnya dengan lebar dan mengigitnya.

Video detik-detik ular sawa menggigit kepala lelaki itu dikongsi dalam akaun Facebook Reptil Hunter.

Dalam video yang tular itu, lelaki itu bermati-matian melepaskan gigitan ular sawa itu.

Dia kelihatan bergelut untuk menyelamatkan diri.

Belum diketahui siapa lelaki tersebut dan di mana kejadiannya.

La prova dell'esistenza di Dio 😂 #ReptileHunter

Posted by Reptile Hunter on Rabu, 18 September 2019

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here