Harimau kumbang bersiar di bandar Perancis

0
53
FOTO: les sapeurs pompiers

 

Oleh FETTY RARA

 

SEEKOR harimau kumbang yang pernah dijumpai bersiar di sebuah bandar di Perancis dicuri dari zoo yang memilikinya.

Menurut BBC.com, seorang penduduk bandar Armentieres yang terletak berhampiran sempadan Belgium sebelum itu dikatakan telah membela haiwan tersebut sebelum ia terlepas melalui sebuah tingkap yang tidak berkunci dan kemudian merayau-rayau atas bumbung-bumbung rumah minggu lepas.

Harimau remaja seberat 55 paun itu ditawan semula oleh pihak Jabatan Bomba (les sapeurs pompiers) dan dipindahkan ke Zoo Maubeuge sebelum dicuri pada Selasa.

Menurut polis pencuri berjaya mengelak daripada dikesan oleh kamera keselamatan dan alat penggera.

-BebasNews

 

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here