Yazit Search meninggal dunia

Yazit Search meninggal dunia
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

BEKAS pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi, Taman Melati untuk dikapan dan disolatkan, sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Raudatul Sakinah Taman Selasih.

Yazit sebelum ini dimasukkan ke hospital pada pukul 3 pagi Selasa, baru-baru ini kerana sesak nafas dan ditempatkan di Zon Merah.

Allahyarham mengalami sawan kerana otaknya tidak menerima oksigen, selain paru-paru berkuman dan buah pinggangnya juga telah rosak.

Awal September lalu, Yazit dimasukkan ke HKL kerana mengadu sesak nafas dan dibenarkan keluar dua hari kemudian.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga orang anak, Razilah, 38j, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

YAZIT Search ketika beraksi pada Majlis Perlantikannya sebagai Duta Uptown M3 Mall akhir tahun lalu. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.