Bukit Fraser dicemari sikap tidak bertanggungjawab pengunjung berkhemah

Bukit Fraser dicemari sikap tidak bertanggungjawab pengunjung berkhemah
Rumah-rumah wakaf disalahgunakan untuk mendirikan khemah oleh pengunjung./Foto ikhsan penduduk.

 

BUKIT Fraser’s adalah antara destinasi peranginan di semenanjung yang masih tidak tercemar.

Bagaimana pun keadaan yang ‘pristine’ dan begitu nyaman ini mungkin tidak kekal lama akibat sikap pengunjung yang tidak prihatin menjaga kebersihan alam sekitar.

Terbaharu bebasnews menerima aduan daripada penduduk di ‘Little England’ yang merupakan nama comel bagi bukit peranginan itu.

Kawasan antara rumah-rumah wakaf untuk digunakan oleh para trekkers dan orang ramai berehat seketika bagi menikmati ketenangan persekitaran kini menjadi tapak perkhemahan.

Menurut Pengurus Hotel Shahzan Inn, Mokhtarruddin Khalid mereka yang berkhemah di rumah-rumah wakaf berhampiran hotel menggunakan tandas hotel yang dikhaskan untuk tetamu sebagai bilik air dan tandas hotel hingga kotor dan bersepah.

Walaupun pihak Majlis Daerah Raub yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan awam menyediakan tandas awam, namun mereka tidak menggunakannya kerana hotel tersebut lebih dekat.

Mokhtaruddin mahukan supaya pihak Majlis Bandaran Raub memantau keadaan, terutama pada hujung minggu.

Ini antara masalah terbaharu di Bukit Fraser’s, selain kesesakan pada hujung minggu apabila begitu banyak kenderaan diletakkan sesuka hati, terutama di kawasan sekitar jam menara ‘pusat bandar’.

SAMPAH sarap yang tidak dibuang secara sepatutnya.

TANDAS hotel digunakan sesuka hati hingga mengotorkan dan menggangu tetamu hotel.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.