Polis menyiasat tindakan sebuah sekolah di Pulau Pinang yang didakwa melarang bacaan doa

Ketua Pengarah Pelajaran Dr Amin Senin memberikan amaran keras kepada Sekolah Kebangsaan Methodist di Pulau Pinang dan sebuah sekolah di Perak yang menganjurkan kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam bahasa Cina sepenuhnya.

Polis menyiasat tindakan sebuah sekolah di Pulau Pinang yang didakwa melarang bacaan doa
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Mior Faridalatrash Wahid ketika sidang media harian Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. –fotoBERNAMA 

 

KETUA Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid berkata kes itu disiasat bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

“Satu kes isu larangan bacaan doa di sekolah Pulau Pinang, kita sudah dapat satu laporan polis oleh beberapa individu yang hadir mengatakan bahawa dalam majlis tersebut baca doa tidak dibenarkan tetapi doa di dalam bentuk Kristian diadakan.

“Kami sudah terima laporan dan disiasat bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat mengapi-apikan mana-mana pihak melakukan kesalahan kepada pihak lain.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Amin Senin memberikan amaran keras kepada Sekolah Kebangsaan Methodist di Pulau Pinang dan sebuah sekolah di Perak yang menganjurkan kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam bahasa Cina sepenuhnya.

Dr Amin Senin berkata pihaknya maklum kedua-dua isu yang tular itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.

Beliau berkata semua pentadbir sekolah perlu mematuhi Akta Pendidikan dan surat-surat siaran kementerian, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menetapkan mata pelajaran Pendidikan Seni adalah dalam bahasa kebangsaan.

http://bit.do/fa9kC
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.