Bekas tentera lumpuh diserang sawan rayu bantuan

0
53
Oleh ZIHAN ZARI/ Foto : Mustafa M Razali

 

BEKAS anggota tentera, Ibrahim Hamid, 59, dalam keadaan terlantar merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebanan untuk membiayai kos rawatan akibat lumpuh dan tidak boleh bercakap selepas diserang sawan sejak April 2017.

Sementalah Setiausaha Pertubuhan Bekas Handau/Paskau Malaysia, Mustafa M Razali berkata, “Ibrahim yang memakai nombor 709255 pernah berkhidmat dalam pasukan Handau Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada tahun 80an.

Ianya merupakan antara kes terpinggir yang perlu dibantu bagi meringankan penderitaan hidup yang ditanggungnya apatah lagi sekarang ini beliau tiada pendapatan tetap dan masalah kewangan amat memeritkan hidupnya,”ujarnya.

Ketika ini, Ibrahim tinggal di TS 10872 Paya Keladi Hujung 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang hanya mampu terbaring dan tidak berupaya bekerja untuk menyara keluarga.

Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan sumbangan dan bantuan boleh menghubungi isteri Ibrahim di talian 019 9468467.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here