Blackberry tidak lagi keluarkan telefon, sebaliknya fokus keselamatan dan privasi data

Blackberry tidak lagi keluarkan telefon, sebaliknya fokus keselamatan dan privasi data
Oleh FETTY RARA

 

MAKMAL baharu di Blackberry akan menumpukan kepada pembangunan aplikasi pembelajaran mesin (machine learning atau ML) seiring perkembangan pesat syarikat itu untuk menghasilkan teknologi baharu dalam bidang keselamatan dan privasi data.

Setelah menerima tamparan teruk dalam saingan sengit antara pengeluar-pengeluar telefon pintar Blackberry tidak lagi menghasilkan telefon.

Menurut ZDNet, penumpuan kepada ML dan privasi data mereka merujuk kepada usaha untuk membangunkan perisian keselamatan dan IoT, sistem tertanam (embeded) dan kereta tanpa pemandu.

Makmal baharu Blackberry merangkumi lebih daripada 120 pembangun perisian, penyelidik, arkitek, petunjuk produk(product leads) dan pakar-pakar keselamatan yang akan fokus kepada pembelajaran mesin bagi penghasilan Blackberry Cylance, enterprise dan unit-unit QNX.

 

-BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Blackberry tidak lagi keluarkan telefon, sebaliknya fokus keselamatan dan privasi data"

  1. herman farispetra9599  02/10/2019 at 12:27 pm

    Sekali air bah, Sekali pantai berubah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.